Perempuan ini.
Dulunya selalu ceria, hidup tanpa mengira sesalan didada.
Hingar disekelilingi disambut riang, umpama tiada kemelut dalam hatinya.
Perempuan ini, yang dulunya percaya hatinya cukup utuh untuk ditembusi adam.
Yang percaya, dan masih percaya, cinta itu bermaksud setia.

Namun perhitungan dariNya melangkaui cetek akalnya seorang manusia.
Perempuan ini, hatinya, diberi cinta.
Cinta yang disangkanya kekal sampai bila bila.
Siapa tahu, cinta manusia itu mainan semata.

Perempuan baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Mana mungkin yang baik balasannya jahat, mana mungkin yang jahat balasannya baik.
Perempuan ini sudah lelah semput keluh mendengarnya.
Apa mungkin setiap kata itu punya janji.
Apa mungkin anggapan manusia itu harus di iyakan.

Perempuan ini semakin hilang kepercayaan.
Hatinya dirobek, di pecahkan menjadi picisan, menjadi kepingan halus yang sekarang masih lagi terbenam garisan tampalanya.

Manusia itu berkata, sedang hati dan fikiranmu bergolak, ikut kata hatimu, pasti benar.
Maka perempuan ini mengatakan, kepingan dan picisan mana yang harus perempuan ini ikut? Arah mana setiap satunya menuju?
Sunyi. Sepi. Tanpa balasan.

Perempuan ini sudah lelah mempercayai, sudah hilang cintanya, sudah kelam kasihnya.
Apa punya adam yang boleh memberi sinar kembali?
Perempuan ini pantas menggeleng, bukan sekarang katanya.
Perempuan ini mengenal cinta, cukup sekali, dan cukup untuk membuatnya serik berkata sayang lagi.

Tangisan hati perempuan ini.
Biar lihatnya mendongak kelangit, berkata ceria, memecah sunyi tawanya.
Rahsia hati, cuma Dia dan perempuan ini yang fahami.

Kemudian didakinya perempuan ini kesabaran, ditarahnya kebahagiaan, disulamnya senyuman, dimaniki air mata, dan akhirnya.
Perempuan ini tahu, Dia sudah merancang dan bersedia memberi apa yang layak untuknya. Bukan apa yang dipintanya.
Kerana apa yang dipinta perempuan ini jauh tidak dapat menandingi apa yang layak baginya.

Perempuan ini sedar, cinta itu mengajar pengorbanan.
Yang kadang kedengaran melodrama agak tragis buat sesetengah orang, yang kedengaran badutnya pada sesetengah orang, tapi kedengaran ucapan pasrah dan redha pada Tuhannnya bagi sesetengah orang.

Yang melihat, hanya sekadar melihat.
Yang mendengar, hanya sekadar mendengar.
Yang menangis, perempuan ini, yang menangis, hati perempuan ini, hanya Dia tahu perit jerihnya.

Perempuan ini tahu.
Rejal untuknya sedia menanti.
Perempuan ini juga tahu.
Hidupnya bukan untuk disiakan.
Masih jauh perjalannya menuju yang abadi.
Yang pasti, perempuan ini tahu
Dia tidak mendapat cinta adamnya sekarang kerana cinta Penciptanya terlebih dahulu menyinggahi hatinya.


Dan perempuan ini masih percaya, cinta itu bermaksud setia.

No comments:

Post a Comment

(: